Transformasi nasional 50 oleh DS Najib.
1. Dato kata TN50 bukan untuk meninggalkan Wawasan 2020,
Tapi dalam ucapan Bajet tahun lepas, Dato gambarkan sebaliknya
2. Dato kata TN50 adalah platform yang akan mendengar suara rakyat,
Tapi berkali-kali kami diketepikan.
Apa yang jadi dengan saranan NUCC (National Unity Council) ?
Apa yang jadi dengan gesaan menghentikan AUKU?
Apa yang jadi dengan cadangan pelbagai jawatankuasa / kumpulan / organisasi dsb?
Apa yang jadi dengan saranan SPRM untuk menyiasat Dato untuk skandal 1MDB?
Suara kami bagai masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
Tak diendah dan tak dipeduli
3. Dato kata TN50 digubal bagi mendengar suara belia, mengutamakan belia
Namun, Anis Syafiqah (UM4) digantung dari pembelajaran
Asheeq Ali dari UKM yang berani bersuara menentang korupsi juga menerima nasib yang sama
Sedangkan, perbuatan memegang banner secara aman di universiti pun boleh mengundang tindakan disiplin.
Adakah TN50 memihak kepada belia sedangkan semasa Dato menabur janji akan memihak kepada mahasiswa, 2 pelajar UMS sedang berhadapan tindakan disiplin hanya kerana menyertai perhimpunan aman.
Kalau alasan Dato, "itu di jalan raya, tak boleh"
Bagaimana pula dengan UIA2?
Hanif Mahpa dan Afiqah digantung hanya kerana menganjurkan debat intelektual tentang isu GST.
Bagaimana pula dengan saya?
Saya kehilangan kerja mensyarah. Pelajar-pelajar saya digertak. Saya dilarang masuk ke universiti-universiti awam hanya kerana saya tak sehaluan dengan Dato.
4. Sekiranya Dato benar benar ingin melaksanakan TN50
Berundurlah dan kembalikan keadilan dan kesaksamaan di Malaysia.
Berikan peluang kepada mahasiswa kita. Benarkan mereka bersuara.
Bebaskan media dari kawalan kerajaan
Pastikan tiada ruang untuk korupsi berumah di negara.
Sebelum menggunakan agama sebagai alat politik yang memecah belahkan rakyat,
Pastikan maqasid shariah dilaksanakan.
Kembalikan Malaysia ke landasan yang benar
Rakyat Malaysia berhak menikmatinya.
-SS-